Pendirian tolak MB Negeri Sembilan kekal, tunggu penjelasan pimpinan tertinggi UMNO

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan kekal berfungsi seperti biasa, meskipun UMNO Negeri Sembilan masih komited menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam menguruskan negeri tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya akan menunggu penjelasan rasmi daripada  krpimpinan tertinggi UMNO berhubung kenyataan tersebut berikutan situasi sebenar belum dapat dipastikan sepenuhnya.

Menurut beliau, sebarang kenyataan yang dikeluarkan di peringkat negeri perlu dilihat secara menyeluruh termasuk pendirian kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

“Itulah, (tapi) tidak mengapa. Kita tunggu komen daripada pucuk pimpinan mereka saya rasa kita pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Kerajaan negeri berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui media selepas ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Pada Selasa, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Negeri Sembilan kekal hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor berkata, pada masa sama, keputusan pucuk pimpinan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dikekalkan adalah dihormati.

Katanya, semua ADUN UMNO, BN juga akan menjalankan tanggungjawab seperti biasa, malah terus memberi fokus, memperhebatkan khidmat bakti kepada rakyat dan memastikan kebajikan mereka diberi perhatian sewajarnya dari semasa ke semasa.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos