Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

KUCHING – Kebajikan dan keselamatan pekerja sektor ekonomi gig, khususnya pemandu e-hailing di Sarawak kini mendapat perhatian serius menerusi pengenalan jaringan perlindungan insurans yang dirangka khusus untuk golongan tersebut.

Langkah itu dilihat tepat pada masanya memandangkan ribuan pemandu e-hailing, terutama di bandar utama seperti Kuching, Miri dan Sibu sering berdepan pelbagai risiko di jalan raya akibat kekerapan melakukan perjalanan jarak jauh serta merentas daerah setiap hari.

Inisiatif perlindungan keselamatan berkenaan direalisasikan menerusi kerjasama antara syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Maxim E-hailing Malaysia bersama Zlata, sebuah agensi insurans di bawah syarikat tempatan, Sejamas World Sdn Bhd.

Menerusi program berkenaan, kelompangan perlindungan yang sering membelenggu pekerja e-hailing dapat diatasi apabila polisi yang ditawarkan melindungi mereka secara menyeluruh sepanjang tempoh bekerja.

Perlindungan itu bermula dari saat pemandu bergerak mengambil penumpang, sepanjang perjalanan sehinggalah tugasan dilengkapkan, yang mencakupi kes kemalangan, kecederaan fizikal serta kerosakan kenderaan.

Inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif bagi memastikan pemandu e-hailing tidak terus terbeban dengan risiko kewangan yang tinggi, terutamanya kos pembaikan luar jangka yang sering kali mencecah ribuan ringgit jika berlakunya kemalangan.

Menyedari kekangan kewangan yang sering dihadapi oleh pekerja gig, program itu turut menyediakan kelonggaran menerusi kemudahan pembayaran Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) agar pemandu tidak terbeban untuk membayar caruman secara penuh (lump sum).

Selain itu, ia turut disokong dengan sistem pengurusan sehenti bagi membantu pemandu yang ditimpa musibah, termasuk urusan khidmat tunda kenderaan dan penyelarasan dokumentasi bersama syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan.

Sementara itu, Ketua Pematuhan Undang-Undang dan Perhubungan Kerajaan Maxim E-hailing Malaysia, Mushfique Ahmed Chowdhury menyifatkan penyelesaian perlindungan tersebut perlu sejajar dengan realiti semasa persekitaran kerja ekonomi gig masa kini.

“Keselamatan rakan pemandu di jalan raya sentiasa menjadi keutamaan. Kerjasama dengan penyedia insurans ini membolehkan kami memudah cara satu sistem perlindungan yang lebih praktikal dan relevan untuk mereka.

“Pada masa sama, usaha berterusan juga sedang digerakkan melalui program libat urus komuniti bagi meningkatkan kesedaran pemandu tentang betapa pentingnya memiliki perlindungan insurans ketika mencari rezeki,” jelasnya.

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan