Pengundi kini cenderung pilih individu berbanding parti – Mat Sabu

SEREMBAN – Corak pengundian dalam kalangan rakyat kini menunjukkan peralihan ketara apabila pengundi semakin cenderung memilih individu berbanding parti politik, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, perubahan itu didorong oleh kemunculan generasi baharu pengundi, khususnya dalam kalangan generasi muda dan pengundi bandar yang lebih menilai personaliti, kredibiliti serta pengaruh seseorang calon yang bertanding.

“Politik baharu ini zaman generasi kini, ini generasi yang lain. Pilihan akan datang. Kemungkinan trend baru sekarang, orang tidak memilih berdasarkan parti politik.

“Orang akan memilih berdasarkan individu. Mungkin pilihan akan datang, artis boleh menang, ‘influencer’ boleh menang, yang menguasai bloggers boleh menang.

“Kerana ini suasana politik baharu, terutama sekali pengundi-pengundi bandar. Suasana ini kita kena baca, politik-politik muda ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan (PH) di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, perkembangan tersebut mencerminkan perubahan landskap politik global, termasuk di United Kingdom yang sebelum ini didominasi sistem dua parti iaitu Parti Buruh dan Parti Konservatif, namun kini menyaksikan kemunculan kuasa ketiga yang berpotensi untuk bangkit menjadi kuasa besar.

Sehubungan itu, Mohamad menegaskan bahawa pendekatan politik berasaskan koalisi perlu diperkukuh bagi memastikan kestabilan dan kekuatan gabungan parti dalam menghadapi realiti baharu politik.

“Ertinya politik ‘coalition’ ini mesti ada dalam pemikiran kita. Amanah jangan ‘act’ sebab kita satu (kerusi) Kemudian yang banyak (kerusi) jangan pula ‘act’. Satu ini mungkin ada kelebihannya. Semua ini kita kena bersatu,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak agar memahami perubahan tersebut serta menyesuaikan strategi politik, khususnya dalam mendepani pilihan raya akan datang.

“Sebab itulah kita harap bertenang dan kita bina kerajaan, bina kerajaan negeri sembilan ini.

“PH Insya-Allah akan makin kuat dan kita mahu pilihan akan datang tempat mana PH bertanding, kita akan menang ke semua kerusi yang Pakatan Harapan bertanding,” katanya.

Related Posts

AMH gesa menteri dan timbalan menteri BN letak jawatan

ANGKATAN Muda Harapan (AMH) menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan untuk meletakkan jawatan daripada kabinet. AMH berkata, gesaan itu susulan perkembangan politik terkini menyaksikan BN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin pentadbiran Aminuddin wajar diteruskan, rayu sokongan pengundi Negeri Sembilan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan kerajaan negeri di bawah pimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia