Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

GEORGE TOWN – Seorang pembantu kedai kopi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan melanggar 12 kenderaan di pusat bandar ini, minggu lalu.

Tertuduh, S. Prassanndh, 29 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di dua mahkamah berasingan iaitu masing-masing di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi dan Nur Fadrina Zulkhairi.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan khianat dengan melanggar 12 kenderaan antaranya Perodua Alza, Myvi, Axia, Isuzu, Proton X70, Proton Saga, Toyota Yaris, Toyota Alphard, Jeep, Volkswagen dan Hyundai dengan nilai keseluruhan kerugian yang dialami mangsa lebih RM10,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dari Jalan Tanjung Bungah hingga ke Bayan Baru, antara pukul 9 hingga 10 pagi, 30 April lalu.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes tersebut dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad dan Lau Shavin manakala tertuduh diwakili peguam, M. Sharmila Shanthini.

Ketika prosiding yang dijalankan di dua mahkamah berkenaan, Sharmila memohon jumlah jaminan yang minima terhadap anak guamannya atas alasan tertuduh perlu menanggung isteri dan seorang anak berusia 7 tahun selain dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Selepas mendengar rayuan tersebut, mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin secara keseluruhannya sebanyak RM50,000 untuk kesemua kes dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 3, tertuduh juga membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan menghalang penjawat awam iaitu Koperal Mohd. Sabri Yusof ketika menjalankan tugas awamnya di Jalan Tanjung Bungah, pada tarikh yang sama. Bagi kesalahan itu, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, anggota peronda polis (MPV) mengesan sebuah kereta jenis Kia Forte yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan di Jalan Tanjung Bungah.

Bagaimanapun, suspek dikatakan enggan memberi kerjasama sebaik diminta menghentikan kenderaannya sebelum dia bertindak memecut laju dari Jalan Tanjung Bungah ke kawasan Bayan Baru.

Kereta berkenaan didakwa melanggar sebanyak 12 kenderaan lain ketika dikejar pihak berkuasa terbabit sejauh kira-kira 20 kilometer. Kejadian tersebut turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 43 saat.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat