MPT komited kongsi perkembangan DAK, kebajikan gajah di Zoo Tennoji dipantau rapi

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memberi jaminan akan terus berkongsi perkembangan terkini tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari semasa ke semasa bagi memastikan orang ramai menerima maklumat sahih mengenai keadaan haiwan itu di Zoo Tennoji, Jepun.

Yang Dipertua MPT, Mohamed Akmal Dahalan berkata, pihaknya komited memantau kebajikan ketiga-tiga gajah tersebut secara berterusan melalui hubungan langsung dengan pengurusan Zoo Tennoji.

“Kami memahami keprihatinan masyarakat terhadap Dara, Amoi dan Kelat. MPT akan sentiasa berkongsi perkembangan terkini berdasarkan laporan rasmi yang diterima dari semasa ke semasa.

“Kebajikan haiwan sentiasa menjadi keutamaan dan kami akan memastikan pemantauan rapi terus dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu susulan penyerahan memorandum “Kembalikan DAK” yang berlangsung secara aman pada Selasa diketuai Pengerusi Sekretariat Bahana Kesejahteraan Negara (SBKN), Kalai Vanar.

Malah, dalam masa sama, beliau menegaskan setiap perkara yang dikemukakan dalam memorandum itu akan diteliti secara terperinci sebelum maklum balas rasmi diberikan mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa.

Menurutnya lagi, Dara, Amoi dan Kelat kini ditempatkan di Zoo Tennoji di bawah perjanjian kerjasama antarabangsa antara Zoo Taiping & Night Safari dan Zoo Tennoji yang dimeterai pada 2022 bagi tempoh 25 tahun sebagai sebahagian usaha konservasi hidupan liar.

Laporan semasa daripada Zoo Tennoji menunjukkan ketiga-tiga gajah berada dalam keadaan baik serta dipantau pakar veterinar dan penjaga haiwan berpengalaman meliputi aspek kesihatan, pemakanan, tingkah laku dan habitat.

“Rekod pemantauan terkini turut menunjukkan peningkatan berat badan ketiga-tiga gajah berkenaan dengan Dara meningkat 280 kilogram kepada 2,200 kilogram, Kelat meningkat 440 kilogram kepada 2,360 kilogram manakala Amoi bertambah 200 kilogram kepada 1,480 kilogram.

“MPT berpandangan perkembangan ini mencerminkan tahap penjagaan, kesihatan dan kebajikan haiwan yang baik serta terkawal,” ujarnya.

Mohamed Akmal turut memaklumkan laporan berkala mingguan mengenai keadaan DAK akan terus dikongsi kepada umum selain menasihatkan orang ramai merujuk sumber rasmi bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau kekeliruan.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM