Ketua sindiket, ‘transporter’ dadah dicekup di Sarawak

TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas dua lelaki tempatan yang juga ketua sindiket dan transporter atau rakan kongsi dadah dalam dua serbuan berasingan di Miri, 2 Mei lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek berumur 34 dan 50 tahun itu ditahan susulan Op Coleoptera yang dilancarkan sejak 20 Januari.

“Serbuan pertama dilakukan ke atas Ketua Sindiket berkenaan di sebuah rumah sekitar Krokop dan turut dirampas wang tunai RM590, 000.

“Serbuan kedua dibuat di sebuah rumah sekitar Jalan Palmaedar dan rampasan turut dibuat iaitu wang tunai RM230, 000,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau.

Menurut Hussein, sindiket dadah kedua-dua suspek dipercayai aktif sejak Jun 2025 dengan modus operandi penyeludupan dadah melalui pelbagai kaedah.

“Antaranya menggunakan keldai dadah, perkhidmatan kurier dan penghantaran kontena melalui laluan laut sebelum diedar ke pasaran Sabah, Sarawak dan antarabangsa.

“Saringan ujian air kening mendapati kedua-duanya negatif dadah dan kini direman hingga 9 Mei selain disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Jelas Hussein, jumlah keseluruhan sitaan bagi kes di Sarawak dianggarkan bernilai RM2.42 juta termasuk dua kereta Mustang, sebuah Mercedes G-Wagon Brabus dan sebuah Harrier.

Tegasnya, PDRM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti dadah termasuk pegawai dan anggota polis.

Related Posts

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

ISU kemasukan pelarian Myanmar termasuk etnik Rohingya ke Malaysia bermula akibat tindakan kerajaan terdahulu termasuk ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan penglibatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram