Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

KUANTAN – UMNO Bahagian Jerantut meneruskan semangat ‘Aku Budak UMNO’ atau ABU dengan menambahnya sebagai ‘Aku Berjuang untuk UMNO’.

Ia adalah sebagai suntikan semangat tambahan kepada akar umbi parti dalam membuat persiapan berdepan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Andak’ berkata, perkara itu sudah diterjemahkan di hadapan ahli UMNO di peringkat Cawangan pada mesyuarat tahunan, hujung minggu lalu.

“Semasa Konvensyen 80 Tahun UMNO di ibu negara, Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh ada sebut ABU – Aku Budak UMNO.

“Jadi saya tukar dan tambah… ABU ini juga kita boleh gambarkan sebagai tanda kesetiaan kita kepada parti UMNO.

“Sebab itu saya pilih ABU sebagai ‘Aku Berjuang untuk UMNO’… supaya kita dapat naikkan semangat ahli di peringkat akar umbi terhadap parti,” katanya kepada The Malaysia Press.

Dia juga berharap semangat ditunjukkan pada konvensyen UMNO baru-baru ini dapat diteruskan sehingga PRU ke-16 (PRU16).

Selain itu, semangat sama perlu dibawa dalam membuat persiapan berdepan cabaran pada pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

“Untuk PRN yang mungkin diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan, semangat ABU perlu terus disemarakkan.

“Seterusnya ia dibawa ke PRU16, bagi memastikan UMNO dapat menunjukkan kekuatan yang ada.

“Kita melihat UMNO sudah kembali diterima baik oleh rakyat, terutama golongan muda… jadi, momentum ini perlu dikekalkan,” katanya.

Related Posts

AMH gesa menteri dan timbalan menteri BN letak jawatan

ANGKATAN Muda Harapan (AMH) menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan untuk meletakkan jawatan daripada kabinet. AMH berkata, gesaan itu susulan perkembangan politik terkini menyaksikan BN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin pentadbiran Aminuddin wajar diteruskan, rayu sokongan pengundi Negeri Sembilan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan kerajaan negeri di bawah pimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia