RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi memperkasa sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick berkata, suntikan dana tersebut merupakan intervensi segera bagi membantu usahawan tempatan berdepan tekanan kos dan cabaran pasaran semasa.

“Ketua Menteri telah meluluskan Tabung Khas ini sebagai inisiatif langsung untuk memperkukuh keupayaan usahawan PMKS, khususnya dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kualiti produk,” katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan PMKS Sabah 2026, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, pendekatan tahun ini lebih inklusif apabila skop tabung diperluaskan kepada koperasi selain usahawan individu dan persatuan keusahawanan mencerminkan strategi kerajaan negeri dalam memperkukuh ekosistem ekonomi secara menyeluruh.

“Tabung ini menyediakan bantuan meliputi pembiayaan modal permulaan, peningkatan kualiti produk, pemasaran, pembelian mesin serta pembangunan modal insan, dengan had maksimum RM20,000 bagi setiap permohonan.

“Dalam masa sama, Program SME-Up 2026 turut diperluaskan ke beberapa daerah strategik termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Tenom, Keningau, Membakut, Putatan, Kota Marudu dan Kadamaian, langkah yang dilihat sebagai usaha memperluas capaian program ke peringkat akar umbi.

“Program ini bukan sahaja menawarkan bantuan mesin dan peralatan seperti mesin retort, malah turut merangkumi sokongan pendaftaran cap dagangan serta pensijilan halal sebagai faktor kritikal dalam meningkatkan kebolehpasaran produk.

“Sehingga 2025, seramai 5,879 usahawan telah menerima manfaat melalui bantuan mesin dan peralatan di bawah program ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ewon berkata, kerajaan negeri juga giat memperkukuh kerjasama strategik dengan pasar raya tempatan dan antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha membuka akses pasaran lebih luas, termasuk menembusi Semenanjung Malaysia.

“Saya menyeru agar usahawan yang mempunyai lesen sah dan aktif untuk merebut peluang yang disediakan bagi meningkatkan skala perniagaan masing-masing,” jelasnya.

Karnival Usahawan PMKS Sabah 2026 Zon Tenom yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan puluhan usahawan tempatan dan agensi kerajaan, sekali gus menjadi platform penting memperkukuh jaringan serta ekosistem keusahawanan negeri.

Related Posts

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

SEMPORNA – Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) berhasrat memperluaskan peluang perniagaan dalam sektor perikanan menerusi kerjasama strategik dengan institusi kewangan, termasuk Agrobank. Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar berkata, kerjasama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi Bersepadu ESSCOM catat rampasan lebih RM407,644.69

BELURAN – Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bersama pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan selama dua hari bermula Isnin merekodkan rampasan bernilai RM407,644.69. Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

Jemaah Menteri titip doa buat Tun Dr Mahathir

Jemaah Menteri titip doa buat Tun Dr Mahathir

Kerajaan Malaysia, Nepal percepat usaha pengesahan 55 rakyat

Kerajaan Malaysia, Nepal percepat usaha pengesahan 55 rakyat

PM arah teliti kenaikan gaji minimum lebih menyeluruh – Fahmi

PM arah teliti kenaikan gaji minimum lebih menyeluruh – Fahmi

Operasi Bersepadu ESSCOM catat rampasan lebih RM407,644.69

  • By Fatin
  • September 30, 2026
Operasi Bersepadu ESSCOM catat rampasan lebih RM407,644.69

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu