Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Presiden UMMO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak untuk menubuhkan kerajaan baharu ‘tebuk atap’, susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ia dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri itu ketika mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Rabu.

Berikutan itu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan, kerajaan negeri pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu masih berjalan seperti biasa.

“Setakat ini tidak ada perkembangan terkini. Saya rasa kita berjalan seperti biasa, seperti yang saya tegaskan. Semalam juga dalam (mesyuarat) Biro Politik UMNO telah pun mengeluarkan kenyataan walaupun dikatakan 14 ADUN itu hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, tetapi masih sokong Kerajaan Perpaduan.

“Jadi saya lihat kalau itu pendirian yang dibuat oleh UMNO, malah dalam (mesyuarat) Kabinet semalam Presiden UMNO sendiri telah menyatakan pendirian yang sama kepada Kabinet. Maksudnya, Presiden UMNO juga tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan baharu atau tebuk atap.

“Jadi maksudnya kerajaan sedia ada ini kekal Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan perjalanan pentadbiran di peringkat negeri. Saya rasa itu dapat diperjelaskan dan ia akan membantu meredakan keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Readers Forum on the English Edition of Xi Jinping: The Governance of China, Volume V, pada Khamis.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Mengulas lanjut kemelut berkaitan institusi adat dan Perlembagaan negeri itu, Loke mengambil pendekatan tidak mencampuri urusan itu.

“Memang kita tahu ada isu yang belum selesai antara institusi Yang di-Pertuan Besar dengan Datuk Dr Undang. Jadi itu adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Itu perlu diselesaikan dengan baik dalam institusi tersebut.

“Jadi kita tak boleh masuk campur. Bagi kita di peringkat kerajaan adalah memastikan kerajaan berjalan seperti biasa. Menteri Besar, Exco dan ADUN, mereka berfungsi seperti biasa, bekerja seperti biasa. Itu saya rasa dapat memastikan kestabilan dapat dijamin,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai pembabitan seorang menteri pusat bersama 14 ADUN menarik sokongan terhadap Aminuddin, Loke enggan mengulas lanjut dan meminta soalan itu ditanya teruskan individu berkenaan.

Related Posts

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

SEMUA pihak diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mempunyai peranan yang sudah pun termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, ini termasuklah peranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

KUCHING – Sarawak dan Sabah tetap menjadi ‘kingmaker’ dalam politik negara sekali gus menidakkan pandangan kedua-dua negeri ini akan hilang bisa sebagai penentu kerajaan pada peringkat kerajaan Persekutuan. Menteri Belia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan