Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PUTRAJAYA – Kerajaan komited mengurangkan kesan kenaikan kos elektrik terhadap rakyat dan sektor perniagaan meskipun berdepan ketidaktentuan harga bahan api di peringkat global.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pendekatan itu memberi tumpuan kepada perlindungan pengguna domestik, khususnya bagi memastikan peningkatan kos sara hidup dapat dikawal.

“Dalam hubungan ini, kira-kira 7.5 juta pengguna domestik atau 85 peratus daripada pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 600 kWj akan terus dikecualikan sepenuhnya daripada caj Automatic Fuel Adjustment (AFA),” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global, hari ini.

Beliau berkata, unjuran menunjukkan kos penjanaan elektrik bagi Mei 2026 meningkat kepada RM21.28 per juta Btu berbanding kadar asas RM19.14 per juta Btu, didorong oleh kenaikan harga arang batu di pasaran dunia.

Katanya, kesan daripada peningkatan harga bahan api global tidak berlaku serta-merta, sebaliknya lazimnya hanya dirasai selepas tempoh kira-kira dua bulan.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah memaklumkan permintaan maksimum elektrik negara mencatat paras tertinggi baharu iaitu 21,468 megawatt (MW) pada 23 April lalu, susulan penggunaan penyaman udara yang meningkat ketika cuaca panas.

“Mesej kerajaan adalah jelas bahawa bekalan elektrik negara kekal terjamin, tetapi kos penjanaan perlu diurus secara berhemat kerana negara masih terdedah kepada turun naik harga bahan api global,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah, termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada kadar sesuai bagi membantu mengawal kos penjanaan secara keseluruhan.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik