Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kemungkinan besar tidak. (Namun) ia terpulang kepada Tuanku, dan sudah tentu persidangan DUN,” katanya kepada media selepas mesyuarat tertutup dengan kepimpinan tertinggi Huawei, yang diadakan sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan sama ada pilihan raya negeri akan diadakan untuk menyelesaikan situasi di negeri itu.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, sebarang perkembangan mengenai pentadbiran Negeri Sembilan akan diumumkan apabila tiba masanya.

Sehubungan itu, pelbagai pihak diminta memberi ruang kepada Aminuddin bagi memberi penjelasan berhubung kemelut politik yang berlaku di negeri tersebut.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan bertemu Anwar segera untuk membincangkan perkara itu.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu antara lain akan menyentuh tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik balik sokongan mereka terhadap Aminuddin.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga ADUN BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis membabitkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan yang sewajarnya dihormati dan dipertahankan tanpa campur tangan politik.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok