Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

SIBU – Penganjuran Sibu International Powerboat Race (SIPR) kini diletakkan sebagai agenda utama dalam usaha memartabatkan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sukan air bertaraf antarabangsa.

Langkah itu selari dengan potensi besar acara berkenaan yang mampu menarik kehadiran peminat sukan ekstrem dari seluruh rantau ASEAN ke Bumi Kenyalang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan komitmen kerajaan untuk terus menyokong SIPR, merangkumi aspek pengukuhan penganjuran serta penambahbaikan infrastruktur di Tebingan Pulau Li Hua.

Jelas beliau, usaha tersebut amat kritikal bagi memastikan acara ikonik itu dapat dikekalkan sebagai program tahunan yang lebih berprestij.

Mengulas mengenai aspek prasarana, Fadillah menyarankan agar pembangunan Tebingan Pulau Li Hua dilaksanakan secara menyeluruh menerusi kerjasama strategik dengan pihak pemaju.

Tambahnya, memandangkan kawasan tersebut merupakan tanah milik persendirian, penyelarasan yang rapi diperlukan bagi menyediakan kemudahan lebih sistematik untuk pengunjung dan peserta.

“Saya yakin kerajaan negeri dan Persekutuan akan membantu menghidupkan semula kawasan tebingan ini, termasuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

“Kita menyasarkan penyediaan kemudahan seperti pontun dan pentas tertutup yang lebih teratur, seumpama di Tebingan Kuching bagi mewujudkan lokasi tetap untuk acara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Sibu International Powerboat Race 2026 di Tebingan Pulau Li Hua pada Isnin.

Menurutnya lagi, penganjuran sukan air seperti itu bukan sekadar aktiviti rekreasi, malah berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan semula Sungai Rajang yang sekian lama menyepi daripada aktiviti ekonomi dan pelancongan berskala besar.

Dalam pada itu, edisi kali ini turut melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori penyertaan bot kuasa (powerboat) terbanyak dalam satu acara dengan penglibatan 251 buah bot.

Pencapaian itu dianggap sebagai kayu ukur baharu buat pihak penganjur dan kerajaan untuk terus meningkatkan standard penganjuran pada masa hadapan.

Pada majlis sama, Fadillah turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM300,000 bagi menyokong penganjuran acara berkenaan.

Perlumbaan itu menyaksikan pasukan Team Catamaran dari Brunei muncul juara bagi kategori Formula 3 (SST60).

Kejayaan penganjuran edisi kali ini memberi petanda positif terhadap usaha memperkukuh kedudukan Sibu sebagai destinasi utama sukan air pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Related Posts

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

SANDAKAN – Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat segera bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan itu, khususnya menjelang sasaran bekalan gas ke Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan pada 2029.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari