Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie

MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi rakyat dan ekonomi negara daripada ketidaktentuan berikutan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Fokus utama kerajaan adalah memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara menerusi bekalan tenaga yang mencukupi, harga barangan terkawal, serta penyaluran subsidi bersasar yang konsisten di tengah-tengah pergolakan global.

Inisiatif kerajaan menerusi bantuan BUDI95 terbukti memberi impak positif apabila dilihat berjaya merancakkan semula sektor pelancongan domestik, khususnya di Melaka.

Seorang pengunjung dari Johor, Sara Razak, 21, berkata, kawalan harga minyak petrol membolehkan rakyat terus bergerak aktif sekali gus mendorong kunjungannya ke negeri bersejarah ini.

“Saya sendiri mampu memandu dari Johor ke Kota Bersejarah ini tanpa memikirkan kos bahan api yang tinggi, seiring dengan aspirasi Tahun Melawat Melaka 2026,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Dalam pada itu, kerajaan turut memberi perhatian kepada golongan mahasiswa melalui peningkatan nilai bantuan subsidi tiket penerbangan (FLYsiswa) daripada RM300 kepada RM400.

Bagi pelajar dari Sabah, Noraini William, 22, inisiatif tersebut merupakan tindakan tepat bagi membantu pelajar yang menuntut jauh dari wilayah asal mereka.

“Subsidi ini sangat membantu meringankan beban kewangan untuk pulang ke kampung. Namun, saya berharap nilai ini diberikan secara berkala memandangkan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi terutama pada musim perayaan,” ujarnya yang menghargai keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pelajar.

Sementara itu, Yuni Putriani, 26, berkata, inisiatif menyediakan geran RM1,000 menerusi Portal Manfaat Kementerian Kewangan (MoF) adalah merupakan langkah progresif bagi membantu usahawan beralih ke arah ekonomi digital.

Menurut peniaga kecil itu, bantuan tersebut amat bermakna bagi peniaga yang mempunyai pendapatan rendah untuk melanggan sistem e-POS atau alat pembayaran digital.

“Dengan geran ini, urusan jualan jadi lebih sistematik dan cepat. Ia bukan sahaja memudahkan pelanggan membuat pembayaran tanpa tunai, malah meningkatkan daya saing peniaga kecil dalam era digital,” katanya.

Related Posts

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas naungan, kebijaksanaan dan kepimpinan Seri Paduka Baginda dalam memayungi negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

PUTRAJAYA – Pengguna media sosial berumur di bawah 16 tahun bakal berdepan sekatan akses apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menguatkuasakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

JHEAINS pandang serius sebarang usaha sebar ajaran sesat di Sabah – Mohd Ariffin

JHEAINS pandang serius sebarang usaha sebar ajaran sesat di Sabah – Mohd Ariffin

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga