Jurugambar veteran Bernama Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia

KUCHING – Dunia kewartawanan di Sarawak berdukacita dengan pemergian jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sarawak, Razali Nordin, 54, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 1.44 pagi pada Ahad.

Allahyarham yang berasal dari Batu Gajah, Perak difahamkan bertarung dengan komplikasi beberapa penyakit kronik yang melibatkan masalah jantung, hati dan buah pinggang.

Keadaan kesihatan jurugambar veteran itu dilaporkan mula merosot sejak Ramadan lalu, menyebabkan beliau terlantar di kediamannya di Taman Sukma, Petra Jaya, sebelum terpaksa dimasukkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Terdahulu pada 18 April lepas, rakan-rakan dari Team TMP Sarawak turut meluangkan masa menziarahi beliau ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Menyusuri jejak kerjayanya, arwah disifatkan sebagai seorang petugas yang amat komited dan berdedikasi sepanjang tiga dekad menabur bakti bersama agensi berita nasional itu.

Kehilangan beliau amat dirasai oleh rakan seperjuangan, lebih-lebih lagi kerana sikapnya yang peramah dan amat mudah memberikan kerjasama kepada rakan-rakan media yang lain.

Sebelum ini, keprihatinan terhadap nasib kesihatan Allahyarham turut mendapat perhatian kerajaan apabila beliau terpilih menerima sumbangan menerusi Tabung Kasih@HAWANA, iaitu sebuah inisiatif kebajikan khusus untuk pengamal media di bawah Kementerian Komunikasi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ratnawaty Abdul Hai, bersama empat orang cahaya mata.

Menurut Ratnawaty, jenazah suaminya akan dibawa ke Masjid Gita berhampiran untuk urusan solat jenazah sebelum disemadikan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar