Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

JERANTUT – Semangat ahli dan kepimpinan UMNO peringkat Cawangan dalam Bahagian Jerantut, berada pada tahap tertinggi dalam usaha memulihkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan datang.

Dalam satu mesyuarat cawangan diadakan semalam, kepimpinan serta ahli akar umbi menzahirkan iltizam yang tidak berbelah bahagi untuk bekerja keras bagi merampas kembali kerusi Parlimen Jerantut serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas pada pilihan raya umum ke-15.

Ketua UMNO Cawangan FELDA Jengka 24, Razak Daud menegaskan, kekalahan pada PRU15 bukan penamat kepada perjuangan, sebaliknya menjadi titik tolak bagi memperbetulkan kesilapan dan memperkukuh kesatuan ahli.

“Kami di peringkat Cawangan sedar bahawa sokongan rakyat adalah dinamik. Justeru, kami tidak boleh hanya berpeluk tubuh.

“Kami komited untuk terus mendekati pengundi, menyantuni golongan muda, dan mendengar denyut nadi masyarakat di sini,” ujar beliau.

Tambah Razak, jentera Cawangan kini giat memberi penerangan yang jelas kepada pengundi, terutamanya generasi baharu, mengenai pelbagai bantuan disalurkan kerajaan Pahang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sementara itu, semasa berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Bukit Nikmat, Razak menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama antara sayap parti serta badan bukan kerajaan di kawasan FELDA bagi memastikan mesej perjuangan UMNO sampai ke setiap rumah.

“Kami mahu memastikan ahli-ahli di peringkat akar umbi bersiap siaga dengan semangat kesatuan yang tinggi.

“Inilah masanya untuk kita bangkit, membuang sengketa lama, dan fokus sepenuhnya demi kepentingan rakyat dan masa depan parti,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar