Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan.

Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, penganjuran tahun ini berjalan lancar meskipun terdapat sedikit kelewatan pada peringkat awal.

“Syukur, segalanya berjalan dengan baik. Kita juga melihat peningkatan kehadiran pelawat yang memberi impak positif kepada ekonomi setempat melalui aktiviti perniagaan yang turut berlangsung,” katanya ketika ditemui media di Mukah.

Menurut beliau, usaha mengangkat Pesta Kaul ke peringkat antarabangsa sentiasa dalam perancangan, namun perlu mengambil kira cabaran geopolitik semasa yang mempengaruhi kos perjalanan global.

“Memang kita berhasrat membawa Pesta Kaul ke peringkat global, tetapi faktor seperti kenaikan tambang antarabangsa perlu diberi perhatian. Dengan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF), kita berharap akses penerbangan akan menjadi lebih mampu milik pada masa hadapan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau mengakui kekangan faktor alam semula jadi seperti paras air laut yang semakin cetek turut memberi cabaran kepada pelaksanaan upacara, khususnya melibatkan kedudukan pontoon (jeti terapung) di kawasan pantai.

“Kita telah berusaha meluaskan kawasan serta menambah baik platform bagi memastikan upacara ritual dapat dilaksanakan dengan sempurna walaupun berdepan kekangan tersebut,” katanya.

Mengulas berkenaan pemeliharaan warisan, beliau menegaskan keaslian tradisi perlu terus dipertahankan tanpa kompromi.

“Kita mahu upacara ini kekal asli mengikut adat. Segala penambahbaikan perlu dibuat tanpa menjejaskan nilai tradisi. Fokus kita adalah memastikan keunikan budaya ini terus dipelihara,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan cadangan menggabungkan Pesta Kaul dengan ritual Seraheng Kakan memerlukan penelitian rapi kerana kedua-duanya mempunyai keperluan pengurusan serta kepentingan adat yang berbeza.

“Seraheng Kakan memerlukan penentuan tarikh oleh Bapak Kaul dan tidak semestinya selari dengan jadual Pesta Kaul yang lebih terbuka kepada umum,” katanya.

Sebagai warisan turun-temurun masyarakat Melanau, Seraheng Kakan melambangkan permohonan keselamatan, kesejahteraan dan rezeki melalui simbolik penyerahan ‘seraheng’ kepada Ipok.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Related Posts

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

SEOUL – Sarawak mengorak langkah berani untuk merealisasikan aspirasi menjadi hab teknologi dan semikonduktor berprestasi tinggi di rantau ini melalui sesi libat urus strategik bersama Persatuan Industri Semikonduktor Korea (KSIA) di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan politik yang diamalkannya selama ini bukan petanda kelemahan atau perubahan pendirian politik, sebaliknya merupakan strategi diplomasi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah