Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.

“Dokumen atau surat yang dikaitkan dengan permohonan pengambilan pekerja asing seperti yang tersebar di media sosial adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak kerajaan Sarawak atau PETROS”, katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam bersama Pemimpin Masyarakat pada Jumaat. 

Beliau menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana pertemuan rasmi. 

Menurut beliau, pertemuan dengan pihak Bangladesh sebelum ini hanya bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala serta memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, bukan seperti yang digambarkan dalam dakwaan tular tersebut.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam perkembangan berasingan, beliau turut memaklumkan projek pembangunan pelabuhan laut dalam di Miri kini sedang berjalan lancar dan telah mencapai kemajuan sekitar 70 peratus. 

“Projek berkenaan merupakan salah satu inisiatif strategik kerajaan Sarawak dalam memperkukuh infrastruktur logistik dan perdagangan di kawasan utara negeri ini,” ujarnya. 

Menurut beliau, pelaksanaan projek tersebut dijangka memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya dalam meningkatkan aktiviti import dan eksport serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 

Selain itu, kewujudan pelabuhan laut dalam ini juga dilihat berpotensi memperkukuh sektor pelancongan Miri, termasuk menarik ketibaan kapal persiaran antarabangsa dari Singapura dan rantau sekitarnya untuk berlabuh di bandar tersebut.

“Dengan perkembangan ini, Miri dijangka terus berkembang sebagai salah satu hab ekonomi dan pelancongan penting di Sarawak pada masa akan datang”, ujarnya lagi. 

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM