Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa.

Komitmen tersebut dizahirkan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan rasmi di ibu negara, hari ini.

Anwar berkata, hubungan Malaysia-Brunei bukan sekadar hubungan antara dua negara berdaulat, sebaliknya mencerminkan ikatan persaudaraan yang telah lama berakar dalam sejarah dan nilai serumpun.

“Hubungan ini diperkukuh oleh kejujuran dan tekad bersama untuk menjamin kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga jalinan ini terus mekar dan dipelihara, demi masa depan yang lebih aman, stabil dan makmur,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook semalam.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.

Hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei secara rasmi bermula selepas Brunei mencapai kemerdekaan daripada British pada 23 Februari 1984.

Malaysia merupakan antara negara terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan Brunei.

Dari aspek perdagangan, Brunei kekal sebagai antara rakan dagang penting Malaysia dalam ASEAN, dengan kedudukan keenam terbesar pada tahun 2024, mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM7.53 bilion (AS$1.77 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, nilai dagangan dua hala Malaysia-Brunei direkodkan sebanyak AS$690 juta (RM3.02 bilion), melibatkan eksport berjumlah AS$500 juta (RM2.18 bilion) dan import AS$190 juta (RM840 juta).

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC