MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

PUTRAJAYA – Perlindungan harta intelek di Sabah akan diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menteri MINDET yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, kerjasama itu telah dimuktamadkan sebagai usaha memperkukuh ekosistem perlindungan harta intelek yang menjadi antara elemen penting dalam pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan di Sabah.

“Pelaksanaan awal kerjasama tersebut akan melibatkan pegawai MINDET dan agensinya mengikuti latihan khusus di Akademi Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), selain pelaksanaan program kesedaran kepada usahawan di negeri ini.

“Latihan ini penting untuk meningkatkan kefahaman pegawai terhadap peranan MyIPO, sekali gus membolehkan mereka memberi nasihat tepat kepada usahawan berkaitan pendaftaran dan perlindungan harta intelek.

“Saya juga akan meneliti cadangan mewujudkan unit khas harta intelek di MINDET bagi menyelaras semua inisiatif berkaitan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali di Putrajaya.

Menurut Ewon, setiap pembangunan produk keusahawanan di Sabah sama ada dalam industri, inovasi, makanan dan minuman (F&B) mahupun perusahaan sosial perlu disertakan dengan pendaftaran harta intelek bagi melindungi nilai serta identiti produk berkenaan.

“Berdasarkan taklimat MyIPO, sebanyak 3,941 permohonan harta intelek direkodkan di Sabah bagi tempoh 2021 hingga Mac 2026, dengan 3,349 pendaftaran direkodkan setakat Disember 2025.

“Setakat ini, sebanyak 31 produk Petunjuk Geografi (GI) telah didaftarkan di Sabah termasuk Amplang, Kopi Tenom, Belacan Papar, Sabah Tea, Piyutu Sandakan dan Liking Kota Belud, namun enam daripadanya didapati tidak aktif kerana belum diperbaharui.

“Ini memerlukan pendedahan dan latihan berterusan kepada pegawai kementerian serta agensi, di samping program kesedaran kepada usahawan dan komuniti,” tegasnya.

Ewon turut mengadakan kunjungan ke Akademi Harta Intelek MyIPO serta mengadakan perbincangan bersama-sama Ketua Pengarahnya, Yusnieza Syarmila Yusoff.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok