Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi mana-mana kuasa luar untuk mengambil alih kawalan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta mampu diuruskan sepenuhnya oleh negara serantau.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan bahawa sebarang cadangan berkaitan Selat Melaka perlu diputuskan secara bersama oleh negara berkepentingan di rantau ini.

Terdahulu, timbul desas-desus mengenai hasrat Amerika Syarikat (AS) untuk mengambil alih kawalan laluan perairan berkenaan.

“Sebarang perkara berkaitan Selat Melaka mesti diputuskan secara bersama oleh negara yang berada di kawasan ini, iaitu Indonesia, Singapura, Malaysia dan Thailand.

“Selat Melaka berada dalam keadaan aman, tiada halangan kepada kapal untuk lalu lalang dan tidak ada sebab untuk mana-mana negara, sama ada kuasa kecil atau besar menyatakan hasrat untuk mengawal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Menurut beliau, negara di rantau ini mempunyai keupayaan sendiri untuk mengurus keselamatan laluan strategik tersebut tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.

“Pendekatan kerjasama serantau penting bagi memastikan keselamatan dan kelancaran laluan perairan ini terus terjamin,” katanya.

Mengulas laporan bahawa Indonesia sedang menimbang untuk mengenakan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, Mohamed Khaled berkata, pendirian Malaysia adalah selaras dengan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad sebelum ini dilaporkan menegaskan bahawa tiada keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sebaliknya perlu berasaskan konsensus ASEAN bagi memastikan keselamatan maritim di laluan penting itu terus terpelihara.

“Pendirian Malaysia selaras dengan kenyataan Menteri Luar dan perkara itu wajar dirujuk kepada negara terlibat sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata penganjuran NATSEC Asia 2026 terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh diplomasi pertahanan serta merangsang pertumbuhan industri tempatan ke peringkat global.

Katanya, pameran itu bukan sekadar platform mempamerkan aset pertahanan, malah mencerminkan keupayaan Malaysia mengamalkan pendekatan berkecuali dengan menghimpunkan negara yang bersaing dalam satu ruang yang sama.

“Penganjuran ini menunjukkan kita mampu menghimpunkan negara yang bersaing atau berseteru dalam satu platform yang sama dalam suasana aman. Ia juga membuktikan pendekatan berkecuali yang diamalkan Malaysia dapat diterjemahkan melalui platform seperti ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penganjuran DSA dan NATSEC Asia menjadi pemangkin kepada syarikat tempatan untuk menembusi rantaian bekalan global serta memperluaskan pasaran.

“Platform ini memberi peluang syarikat tempatan memperkenalkan produk masing masing dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global. Ia juga membolehkan syarikat tempatan dikenali pengeluar peralatan asal (OEM), sekali gus memudahkan pematuhan kepada keperluan komponen tempatan dalam perolehan pertahanan,” katanya.

Menurut beliau, pengeluar luar negara kini semakin terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan termasuk dalam aspek penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Kerajaan tidak lagi membenarkan syarikat luar melaksanakan kerja MRO sepenuhnya, sebaliknya memberi penekanan kepada penglibatan syarikat tempatan. Ini membuka ruang kepada industri tempatan untuk berkembang dan meningkatkan keupayaan teknikal mereka,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, penganjuran acara tersebut turut mengukuhkan hubungan pertahanan antara negara melalui sesi pertemuan dua hala yang berlangsung sepanjang pameran.

“Pertemuan dua hala ini penting dalam mempertingkat hubungan antara negara, khususnya dalam aspek pertahanan dan keselamatan. Ia bukan hanya mengenai aset dan kesiapsiagaan, tetapi juga melibatkan diplomasi pertahanan yang menjadi elemen penting dalam keselamatan negara,” katanya.

Untuk rekod, DSA dan NATSEC Asia merupakan antara pameran pertahanan dan keselamatan terbesar di rantau ini yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan serta delegasi dari pelbagai negara.

Related Posts

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Satu lagi bukti UMNO ego dan tidak sedar diri, ulangi naratif perasan Abang Besar. Sukar tunduk pada parti lain walau sudah terpaksa melutut. UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia