Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia, bersama Singapura, Indonesia dan Thailand berkongsi persefahaman yang sangat kukuh.

Menurut beliau, Malaysia bersama negara terbabit menjalankan rondaan bersama bagi memastikan laluan selamat di selat tersebut, yang mana adalah antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

“Apa sahaja yang ingin dilakukan di Selat Melaka mesti membabitkan kebersamaan keempat-empat negara tersebut. Itu adalah persefahaman kita – tidak boleh dibuat secara bersendirian.

“Ini kerana ketika kita memeterai perjanjian bersama untuk rondaan dan keselamatan Selat Melaka, itulah asasnya – tiada keputusan unilateral.

“ASEAN semuanya berasaskan konsensus. Malah di peringkat jawatankuasa kecil sekalipun, semuanya berdasarkan konsensus,” katanya ketika berucap sebagai ahli panel jemputan tambahan di Forum Better Nation (BN) ke-10 mengenai Kesan Konflik AS-Iran terhadap Malaysia, beliau berkata

Kenyataan beliau dibuat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berpanjangan dalam perkembangan geopolitik di Asia Barat dan kesannya yang boleh meningkatkan risiko laluan sempit maritim strategik lain termasuk di Selat Melaka.

Sementara itu, Mohamad berkata, Malaysia akan terus memperkasakan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) serta mengutamakan kepusatan ASEAN dalam mengemudi landskap global yang semakin kompleks.

“Malaysia mesti mengamalkan “berkecuali secara aktif” dan mengelak daripada terperangkap dalam permainan politik global, katanya.

“Kita adalah sebuah negara perdagangan, ekonomi kita adalah ekonomi terbuka, dan kita berdagang dengan semua orang.

“Kita tidak boleh dilihat cenderung kepada sesiapa sahaja. Jika gagal, ekonomi kita akan terganggu,” katanya.

Related Posts

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan amalan menjual tempat pengajian dan kemasukan pelajar melalui ‘jalan belakang’ ke universiti awam yang tular menerusi satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

KAZAN -Negara anggota ASEAN dan Rusia disaran memperluas kerjasama pelbagai hala dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diesel di Semenanjung turun kepada RM4.37 seliter minggu depan – MoF

Diesel di Semenanjung turun kepada RM4.37 seliter minggu depan – MoF

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3