Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

BERDASARKAN laporan global, ketika ini dunia masih bergelut dengan krisis tenaga global, ketidaktentuan geopolitik dan pertumbuhan ekonomi yang kekal perlahan.

Namun Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memilih pendekatan berbeza.

Negara ini tidak sekadar bertahan, tetapi ianya terrus dibina berasaskan data dan berorientasikan penyelesaian secara progressif di bawah kerangka MADANI itu sendiri.

Malaysia kini mencatat kadar pengangguran 2.9 peratus, angka terendah dalam lebih satu dekad.

Ini bukan angka kecil. Semua ini mencerminkan pemulihan pasaran buruh yang kukuh, dan yang lebih penting, keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia kekal stabil.

Walaupun demikian, kerajaan tidak berhenti di situ. Kerajaan mengakui masih wujud jurang, khususnya dalam kalangan graduan dan pemegang diploma.

Justeru, Anwar mengumumkan bahawa langkah tambahan untuk graduan menganggur akan diperkenalkan hasil perbincangan bersama GLC.

Walanon dan walaun, semua dapat peluang yang sama. Boleh bekerja dan membina kehidupan yang lebih baik.

Ini menunjukkan, angka-angka ini bukan sekadar mengejar statistik, ianya langkah dalam memastikan manusia di sebalik statistik itu sendiri tidak tercicir.

Berbanding kerajaan sebelumnya, pendekatan ini jauh lebih menyeluruh.

Dahulu, banyak dasar bersifat reaktif, yakni menunggu masalah menjadi besar sebelum bertindak. Kini, kerajaan bertindak sebelum masalah membesar.

Contoh paling jelas ialah bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kerajaan MADANI menambah RM5 bilion lagi bagi menyokong perniagaan kecil yang terkesan akibat krisis tenaga global. Dengan tambahan ini, jumlah keseluruhan sokongan kepada PMKS kini mencecah RM10 bilion,

Termasuk RM5 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diumumkan sebelum ini.

Ini bukan sekadar bantuan kewangan. Ini ialah strategi mempertahankan tulang belakang ekonomi negara.

Kerana kerajaan memahami, apabila perniagaan kecil bertahan, pekerjaan rakyat turut terjamin.

Inilah perbezaan gaya kepimpinan.

Kerajaan sebelumnya sering dilihat terperangkap antara mengurus krisis dan membina negara. Seolah-olah kedua-duanya tidak boleh berlaku serentak.

Namun Kerajaan MADANI membawa pendekatan baharu, yakni pengurusan krisis dan pembinaan negara bukan dua pilihan yang bertentangan.

Kerajaan yang serius melakukan kedua-duanya.

Walaupun kadar pengangguran sudah terendah dalam lebih satu dekad, usaha akan terus dipergiat, diperkukuh dan diperkasakan.

Inilah falsafah sebenar Kerajaan MADANI.

Bukan sekadar memulihkan ekonomi, tetapi memastikan pemulihan itu dirasai semua.

Bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi di kehidupan sebenar rakyat.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM