Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

LIMBANG – Sebuah unit rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang digerakkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, jentera pertama tiba di lokasi kira-kira jam 4 petang dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang jenis separuh kekal.

“Kebakaran hanya melibatkan satu pintu iaitu rumah nombor 7 dengan keluasan anggaran 15 x 40 kaki persegi dan terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, api turut merebak ke rumah bersebelahan iaitu rumah nombor 6 sebanyak 10 peratus dan rumah nombor 8 sebanyak lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan tiga nozel, selain dibantu sumber air daripada pili bomba serta salur bantu mula.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.25 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.20 petang selepas kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan kesemua penghuni rumah yang terjejas berada dalam keadaan selamat.

Operasi tersebut melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera