Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat.

Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara meneruskan rundingan damai untuk menamatkan perang yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan menggugat ekonomi global.

Berundur daripada ancaman keganasan baharu dibuat lebih awal semalam, Trump dalam satu kenyataan berkata, beliau bersetuju dengan permintaan Pakistan, yang menjadi perantara rundingan damai dalam konflik tujuh minggu itu.

Katanya, penangguhan serangan ke atas Iran itu adalah untuk memberi ruang sehingga pemimpin dan wakil mereka dapat mengemukakan satu cadangan yang bersatu.

Pengumuman Trump itu dilihat dibuat secara sebelah pihak dan tidak jelas sama ada Iran atau sekutu AS, Israel, bersetuju melanjutkan gencatan senjata yang bermula dua minggu lalu.

Trump turut berkata beliau akan meneruskan sekatan Tentera Laut AS ke atas pelabuhan dan pesisir Iran, yang disifatkan pemimpin negara itu sebagai satu tindakan perang.

Tiada maklum balas segera daripada pemimpin tertinggi Iran, namun Agensi Berita Tasnim yang berkait dengan Pengawal Revolusi Iran melaporkan Tehran tidak pernah meminta lanjutan gencatan senjata.

Malah, ia mengulangi ancaman untuk memecahkan sekatan AS dengan kekerasan.

Seorang penasihat kepada ketua perunding Iran, iaitu Yang Dipertua Parlimen, Mohammad Baqer Qalibaf, berkata pengumuman Trump itu tidak membawa banyak makna.

“Lanjutan gencatan senjata oleh Trump jelas satu helah untuk melengahkan masa bagi melancarkan serangan mengejut,” kata penasihat Yang Dipertua Parlimen itu, Mahdi Mohammadi, dalam kenyataan di media sosial.

Beliau turut menyifatkan sekatan AS sebagai pencerobohan ketenteraan berterusan dan kini tiba masanya Iran mengambil inisiatif.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan