Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa kebajikan dan pembangunan mahasiswa universiti berkenaan.

Presiden MPP UMS, Allen Paul Justinus Situ berkata, memorandum berkenaan diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada Ahad lalu semasa lawatan kerja beliau ke Dapur Siswa MADANI UMS.

“Memorandum yang disediakan oleh MPP UMS itu merangkumi tiga kluster utama sebagai tunjang kepada tuntutan mahasiswa.

“Kluster A memfokuskan kepada usaha merapatkan jurang infrastruktur dan digital antara UMS dengan universiti awam di Semenanjung Malaysia.

“Kluster B pula menekankan keperluan mendesak bagi pemodenan fasiliti pembelajaran praktikal demi meningkatkan daya saing graduan, manakala Kluster C memastikan kestabilan bekalan asas serta ketahanan infrastruktur kampus dalam jangka panjang,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Rabu.

Menurut Allen, Dr. Zambry telah mengumumkan kelulusan peruntukan serta merta berjumlah RM1.5 juta yang dikhususkan di bawah Kluster B, iaitu berkaitan pemodelan makmal dan kebolehpasaran graduan.

“Dana tersebut bertujuan mengatasi isu keterbatasan akses kepada peralatan makmal serta mempertingkatkan prasarana teknologi maklumat (IT) di kampus UMS.

“Langkah ini dijangka memberi impak positif secara langsung kepada kualiti pembelajaran pelajar dan seterusnya meningkatkan daya saing graduan UMS dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif,” jelasnya.

Mengulas kejayaan ini, Allen turut merakamkan rasa syukur dan penghargaan daripada pihak MPP UMS kepada menteri.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Menteri KPT yang mendengar suara kami.

“Peruntukan ini adalah satu berita gembira buat seluruh warga UMS. Kejayaan membawa pulang peruntukan bernilai jutaan ringgit ini sekali gus membuktikan keberkesanan dan kepentingan peranan MPP dalam ekosistem pendidikan di UMS,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, MPP UMS merupakan sebuah badan rasmi yang mewakili suara mahasiswa, berperanan sebagai jambatan penghubung antara pelajar dan pihak pengurusan universiti termasuk memperjuangkan kebajikan serta pembangunan holistik mahasiswa di kampus.

Kepimpinan MPP UMS dipilih secara demokratik melalui Pilihan Raya Kampus (PRK), selaras dengan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian