Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

SANDAKAN – Penganjuran program berteraskan kemasyarakatan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) bersama-sama agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dilihat mampu merapatkan hubungan antara masyarakat dan kerajaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pendekatan turun padang menerusi program sedemikian penting dalam mewujudkan persefahaman yang lebih kukuh antara kedua-dua pihak.

“Apabila kita laksanakan pendekatan seperti ini, kita dapat wujudkan hubungan yang lebih baik antara masyarakat dan agensi kerajaan, sekali gus memudahkan usaha penambahbaikan dilaksanakan.

“Penglibatan aktif agensi kerajaan secara langsung membolehkan pelbagai isu di peringkat akar umbi dikenal pasti untuk ditambah baik,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (JHEKS) & Majlis Penyerahan Sumbangan Sentuhan Prihatin KESUMA, di Masjid Wasatiyyah, Batu Sapi, di sini, pada Ahad.

Tambah Khairul kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pejabat Parlimen Batu Sapi perlu diperkukuh bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Melalui program ini, kita dapat memperkukuh silaturahim, memahami peranan masing-masing dan membuka ruang kerjasama yang lebih luas demi pembangunan kawasan.

“Program seumpama ini juga turut berperanan sebagai platform untuk menyatukan masyarakat, sekali gus mengukuhkan nilai perpaduan.” ujarnya.

Tambah beliau, masyarakat di Batu Sapi perlu terus mengekalkan semangat perpaduan walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

“Perpaduan bukan sesuatu yang datang sekelip mata, tetapi hasil usaha generasi terdahulu yang perlu kita pelihara dan teruskan.

“Saya juga ingin menyeru orang ramai supaya bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia mengikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.

Pada program tersebut, sebanyak 100 botol minyak hitam disumbangkan dan ditukar secara percuma oleh pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Sandakan.

Selain itu, dua unit lampu solar turut disumbangkan bagi menerangi laluan ke masjid manakala 100 bakul makanan diagihkan kepada penduduk bagi meringankan beban harian mereka.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat