Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur.

Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik penganjuran ekspo itu kerana ia bukan sahaja medan pameran produk, malah menjadi ruang interaksi serta perkongsian pelbagai ilmu baharu secara langsung antara usahawan dan agensi berkaitan.

Pengarah Urusan Chemerkau Resort, Munirah Mustafa berkata, ekspo itu membuka satu ruang dan peluang untuknya memperkenalkan bisnes penginapan diusahakan di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub.

Menurutnya, platform berkenaan amat penting untuk membawa jenama Chemerkau Resort meneroka pasaran lebih luas.

“Acara begini memang sangat membantu, selain untuk jualan produk, di sini juga kita dapat tonjol bisnes kepada pelbagai pelanggan berpotensi termasuk dalam kalangan usahawan.

“Bagi saya, ekspo ini amat baik dan berimpak tinggi,” kata penerima Anugerah Usahawa FELDA Desa pada Majlis Anugerah Usahawan sempena Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026.

Pandangan sama dilontarkan usahawan kraf dan makanan, Seri Kandi Jarkasi, 50.

Katanya, susunan reruai yang kemas dan ekslusif menjadikan produk kraf dipamerkan mendapat perhatian pengikut setiap kali membuat promosi secara video ‘live’ di platform media sosial.

“Pada masa sama, sambutan dalam kalangan pengunjung juga sangat baik apabila produk yang dipamerkan untuk jualan di reruai hampir kehabisan,” kata usahawan pemilik jenama Astana Crafts & Cookies yang mengangkat produk kraf dari Jengka 10 untuk pasaran Lembah Kelang.

Usahawan di bawah bimbingan FELDA itu berharap, ekspo itu diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mengetengahkan produk-produk usahawan dari Pantai Timur termasuk Pahang.

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran