KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977 karya daripada 943 peserta.

Sambutan memberangsangkan serta kepelbagaian karya yang dipertandingkan tahun ini menyaksikan penyertaan signifikan daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus membuktikan KPTNS kekal sebagai platform pilihan utama penggiat seni di negeri ini.

KPTNS yang diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, menjadi manifestasi kecemerlangan seni yang telah bertapak kukuh selama empat dekad di bumi bawah bayu.

KPTNS bukan sekadar sebuah pertandingan, malah menjadi arkib sejarah visual Sabah yang terus bertahan dan berkembang sejak 40 tahun lalu.

Dalam majlis itu, sebanyak lapan anugerah disampaikan iaitu Penghargaan Khas Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai, Penghargaan Khas Guru Inspirasi, Pemenang Karya Kategori A (7 hingga 12 tahun), Kategori B (13 hingga 17 tahun), Kategori C (terbuka), Karya Pilihan Utama Kategori B (13 hingga 17 tahun), Kategori C (terbuka) serta Anugerah Khas Tokoh Seni Visual Negeri Sabah 2025.

Anugerah utama dalam majlis ini, iaitu Anugerah Khas Tokoh Seni Visual Negeri Sabah 2025, telah dimenangi oleh Valentine Willie dan Jainal Amambing.

Tun Musa berkenan merasmikan pameran serta menyampaikan hadiah kepada para penerima KPTNS.

Dalam lafaz perasmiannya, Tun Musa berharap acara KPTNS yang dianjurkan setiap tahun mampu melahirkan lebih ramai karyawan yang berbakti serta berwibawa di negeri ini.

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran isteri Tun Musa, Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama ialah, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta dif-dif kenamaan lain.

Related Posts

Kemudahan awam di Batu 8 dan Taman Fortune perlu tindakan segera

SANDAKAN – Beberapa isu berkaitan penyelenggaraan kemudahan awam di Pasar Umum Batu 8, Pasar Pagi Batu 8 dan Taman Fortune memerlukan tindakan segera pihak berkuasa tempatan bagi menjamin keselesaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes buli Tenom: Jangan sebar video, serah siasatan kepada polis – Jamawi

TENOM – Orang ramai digesa supaya tidak menyebarkan semula rakaman video dan gambar berkaitan kejadian buli membabitkan seorang murid perempuan di sebuah asrama sekolah di daerah ini, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemudahan awam di Batu 8 dan Taman Fortune perlu tindakan segera

Kemudahan awam di Batu 8 dan Taman Fortune perlu tindakan segera

Kes buli Tenom: Jangan sebar video, serah siasatan kepada polis – Jamawi

Kes buli Tenom: Jangan sebar video, serah siasatan kepada polis – Jamawi

Pemandu mabuk sebabkan kematian, pendakwaan tertakluk kuasa Pendakwa Raya

Pemandu mabuk sebabkan kematian, pendakwaan tertakluk kuasa Pendakwa Raya

Lelaki ditahan disyaki curi buah sawit milik SALCRA di Roban

Lelaki ditahan disyaki curi buah sawit milik SALCRA di Roban

PGA tahan warga emas, rampas 800kg beras seludup

PGA tahan warga emas, rampas 800kg beras seludup

MyKad generasi baharu dilaksana berfasa, kos dianggarkan RM120 juta setahun

MyKad generasi baharu dilaksana berfasa, kos dianggarkan RM120 juta setahun