Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

KABONG – Seorang buruh yang bertindak agresif cuba melanggar dan memukul kakak kandungnya menggunakan sebatang besi berjaya ditahan polis pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden Mathew Manggie berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada jam 7.40 malam di sebuah rumah di sini.

Menurutnya, penahanan lelaki berkenaan dibuat bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah yang berlaku di Kampung Gerigat, pada 15 April lepas.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 34 tahun dengan adiknya itu.

“Ia susulan tindakan mangsa yang melarang suspek daripada mengerjakan dan mengambil hasil di kebun kelapa sawit milik keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mathew memberitahu, suspek yang berang bertindak agresif cuba melanggar mangsa menggunakan motosikal selain mahu memukulnya dengan sebatang besi.

Bagaimanapun, tindakan suspek bernasib baik apabila berjaya dihalang oleh datuk mereka yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Suspek kemudiannya melarikan diri sambil mengeluarkan kata-kata ugutan, membuatkan mangsa yang bimbang akan keselamatan diri serta keluarga terus membuat laporan polis.

“Hasil siasatan lanjut, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu dan memberitahu telah membuang besi yang digunakan di kawasan semak berhampiran Jalan Gerigat-Nyabor,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamin dan methamphetamin, selain mengaku berada di bawah pengaruh bahan terlarang itu semasa kejadian.

Tambahnya, semakan turut mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Tegas beliau, pihak polis komited dalam membanteras jenayah dan menasihatkan orang ramai agar menjauhi sebarang aktiviti menyalahi undang-undang, terutamanya penyalahgunaan dadah.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan