UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

MELAKA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berteka-teki sama ada UMNO dan Barisan Nasional akan bergerak solo atau sebaliknya dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Presiden UMNO itu berkata, sebarang keputusan akan diumumkan pada masa sesuai, selain menegaskan akan meneliti keperluan bagi mengelakkan pertindihan kerusi.

“Saya telah nyatakan dan kita akan umumkan.

“Kita ke arah itu (bergerak solo) tetapi kita akan meneliti supaya tidak ada pertindihan kerusi berlaku,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO seluruh Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditanya mengenai cadangan untuk penangguhan PRN Melaka dan Johor tidak memberikan komen.

“Saya tidak ada mendengar mengenai perkara tersebut,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, memaklumkan akan membawa usul bagi menangguhkan PRN Johor dan Melaka ke mesyuarat MKT UMNO yang dijangka berlangsung malam ini.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

BENTONG – UMNO Pahang tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 selain terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain sekiranya ia memberi manfaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA