4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kumpulan penjenayah terbabit melarikan pelbagai barang kemas bernilai kira-kira RM500,000.

“Ketika kejadian semua empat lelaki terbabit memakai pelindung muka. Mereka turut membawa sebilah parang dan objek disyaki pump gun,” katanya, lapor Berita Harian.

Sejurus kejadian, video samun itu tular di media sosial dan antara dirakam orang ramai menunjukkan kelibat empat penjenayah terbabit.

Turut kelihatan seorang lelaki memegang parang di hadapan kedai emas terbabit dan mereka melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Berdasarkan rakaman video yang tular ketika kejadian empat penjenayah terbabit kelihatan memakai jaket berwarna gelap dan bertopi keledar.

Mengulas lanjut, Ashari berkata, sejurus melakukan samun empat lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki dua motosikal.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan dan usaha mengesan penjenayah terbabit sedang dilancarkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dengan senjata,” katanya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana