Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brunei, hari ini, bagi memulakan lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei.

Anwar yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 6.10 petang dengan menaiki pesawat khas.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut Menteri Luar Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Amran Mohamed Zin; serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan.

Sepanjang lawatan itu, Anwar dijadualkan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei berkenaan perkembangan hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.

Pertemuan berkenaan dijadual berlangsung di Istana Nurul Iman, esok.

Kedua-dua pemimpin turut dijangka menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama pengurusan bencana.

Hubungan ekonomi Malaysia-Brunei terus menunjukkan perkembangan positif dengan nilai perdagangan dua hala pada 2025 mencapai RM5.86 bilion (AS$1.37 bilion).

Malaysia merekodkan eksport ke Brunei sebanyak RM4.20 bilion (AS$0.98 bilion), manakala import dari negara itu berjumlah RM1.66 bilion (AS$0.39 bilion).

Sementara itu, nilai perdagangan antara Malaysia dan Brunei bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini merekodkan RM2.38 bilion (AS$0.6 bilion).

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan