Liverpool, Barcelona tersingkir saingan UCL

LIVERPOOL dan Barcelona tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas masing-masing tewas menerusi keputusan agregat dalam perlawanan suku akhir kedua, awal pagi tadi.

Paris Saint-Germain (PSG) mudah menundukkan The Reds dengan agregat penuh 4-0, selepas sentuhan berbisa bintang Perancis, Ousmane Dembele, menewaskan penjaga gol, Giorgi Mamardashvili.

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Arne Slot ‘kehilangan’ Hugo Ekitike akibat kecederaan serius dan dijangka terpaksa berehat panjang.

Perlawanan itu juga menjadikan aksi terakhir Mohamed Salah dalam kancah UCL bersama Liverpool.

Dalam perkembangan berasingan, juara LaLiga – Barcelona – gagal melunaskan misi balas dendam ke atas musuh tradisi, Atletico Madrid.

Meskipun memenangi aksi timbal balik kedua, namun ia belum mampu mengatasi kelebihan tuan rumah yang turut menjaringkan gol penting menerusi Ademola Lookman pada minit ke-31.

Pasukan bimbingan Hansi Flick itu terlebih dahulu berada di hadapan selepas Lamine Yamal dan Ferran Torres mencuri peluang untuk menyamakan kedudukan agregat.

Tetapi, gol Lookman memadamkan harapan Barcelona untuk mara ke separuh akhir.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai