RM3 juta demi pembangunan, pemerkasaan sepak takraw negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI memperuntukkan RM3 juta bagi memperkukuh pembangunan dan penganjuran sukan sepak takraw negara.

Peruntukan RM2 juta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala RM1 juta lagi diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari pada Majlis Perasmian Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia, pada Selasa.

Perdana Menteri memaklumkan, peruntukan khas sebanyak RM2 juta yang diumumkan beliau akan disalurkan bagi menjaga kebajikan pemain, selain menyokong pergerakan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan operasi Akademi Sepaktakraw Malaysia.

“Saya setuju untuk pastikan anak-anak (pemain) dijaga. Peruntukan yang saya umumkan itu sebahagiannya adalah untuk kualiti latihan, makan minum, keselesaan dan pakaian mereka.

“Keduanya, untuk menunjang perjalanan persatuan dan ketiganya, untuk akademi. Untuk itu, saya luluskan RM2 juta sempena pelancaran Akademi Sepak Takraw Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan akademi berkenaan.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh dan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.

Kompleks itu yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru bernilai RM6 juta dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk penginapan atlet, gimnasium, bilik pembelajaran serta gelanggang latihan di bawah satu bumbung.

Terdahulu, Mohammed Taufiq mengumumkan peruntukan RM1 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menjayakan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw yang dijadual berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 12 hingga 24 Mei ini.

Sementara itu, Perdana Menteri, berkata, sepak takraw adalah sukan istimewa, yang menjadi warisan dan kebanggaan sehingga diangkat serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Justeru, katanya, Kerajaan MADANI memberi perhatian dalam membangunkan sukan itu, bermula di bawah pentadbiran Hannah selaku Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.

“Kita angkat mutu sukan, leburkan fahaman perkauman yang sempit. Kita tunjukkan bahawa melalui sukan, kita boleh mendewasakan orang.

“Bila kita tengok orang yang menang main badminton, sama ada pemain itu Cina, India atau Melayu, kita tidak fikir lagi kaumnya. Kita fikir mutu sukan dan kebanggaan negara.

“Begitu juga bila kita lihat sepak takraw di Bangkok, semuanya bangga walaupun pemainnya mungkin semua Melayu. Tanpa semangat, disiplin dan latihan, tidak mungkin kita capai tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyeru semua pihak, termasuk kementerian, majlis sukan, akademi dan pemain untuk memainkan peranan masing-masing dalam mengangkat lagi mutu sukan sepak takraw di negara ini.

“Tanggungjawab anak-anak yang terbabit, mesti faham, sokongan negara dan rakyat seluruhnya adalah untuk kejayaan saudara-saudara.

“Berlatih dan berdisiplin, matang disiplinnya, akhlaknya, budayanya, barulah boleh kita angkat semula martabat sukan sepak takraw dan negara kita yang tercinta,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang