Insentif tambahan kerajaan disambut baik, budi yang akan dikenang

IPOH – Inisiatif tambahan yang diumumkan kerajaan bagi membantu pesawah, petani dan pekebun kecil bukan sahaja disambut baik, malah disifatkan sebagai ‘budi Kerajaan MADANI’ yang akan terus dikenang rakyat, khususnya golongan terlibat.

Rata-rata mereka menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masanya, sekali gus memberi kelegaan dalam menghadapi kenaikan harga bahan api serta kos input pertanian yang semakin meningkat ketika ini.

Ketua Kampung, Nazarudin Hamzah Abu Hasan Hamid, 50, berkata, kenaikan kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) daripada RM160 kepada RM300 sehektar memberi impak besar kepada pesawah yang bakal memulakan musim penanaman.

“Langkah ini signifikan dan benar-benar membantu kami yang terkesan susulan kenaikan kos bahan api akibat krisis tenaga global.

“Terima kasih Kerajaan MADANI. Inilah budi yang akan dikenang rakyat,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Beliau berkata, walaupun kerajaan berdepan pelbagai cabaran dan kritikan dalam menangani isu global, kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Sementara itu, pekebun kecil, Najib Ali, 40, berkata peningkatan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi daripada RM300 kepada RM400 sebulan membuktikan kerajaan memahami kesulitan yang dihadapi golongan tersebut.

“Ini tanda keprihatinan kerajaan yang benar-benar mendengar keluhan rakyat.

“Dengan cuaca tidak menentu dan kos bahan api meningkat, pendapatan kami terjejas. Inisiatif tambahan ini sekurang-kurangnya membantu meringankan beban untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan beberapa penambahbaikan insentif bagi sektor agromakanan dan komoditi, termasuk peningkatan kadar IPKP serta bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi, sebagai langkah bersasar menangani tekanan kos operasi yang dihadapi pesawah dan pekebun kecil.

Selain itu, kerajaan turut memperkukuh sokongan kepada golongan terlibat melalui penyaluran bantuan secara lebih efisien, di samping memastikan kesinambungan pengeluaran makanan negara tidak terjejas.

Langkah berkenaan dilihat selari dengan usaha Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara serta menjaga kebajikan golongan pengeluar makanan, khususnya dalam suasana ekonomi global yang mencabar.

Inisiatif tambahan itu juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan sektor pertanian kekal mampan, di samping membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor