BDR sektor awam bermula, pelaksanaan dipantau rapi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam Persekutuan dipantau secara menyeluruh.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu disalurkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, termasuk bagi memastikan keberadaan penjawat awam yang melaksanakan BDR sentiasa dapat disahkan.

Beliau berkata, kelonggaran bekerja dari rumah tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, khususnya di kaunter yang kekal beroperasi seperti biasa.

“Hari ini, 15 April hari pertama dasar BDR mula dilaksana bagi sektor perkhidmatan awam Persekutuan di seluruh negara.

“Perdana Menteri mengarahkan KSN meneliti pelaksanaan termasuk pengesahan keberadaan pekerja (penjawat awam) pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Menurut Fahmi, kerajaan turut menggalakkan sektor swasta menilai kesesuaian untuk melaksanakan pendekatan sama di organisasi masing-masing, khususnya bagi bahagian yang tidak menjejaskan operasi teras.

Pelaksanaan dasar BDR yang bermula hari ini melibatkan kira-kira 200,000 penjawat awam sebagai langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi ketidaktentuan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Ia melibatkan penjawat awam Persekutuan di Putrajaya, Kuala Lumpur serta semua ibu negeri yang tinggal lebih lapan kilometer dari pejabat, dan tidak terpakai kepada petugas sektor keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan.

Dasar itu bukan sesuatu yang baharu kerana pernah dilaksanakan ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pada 2020 susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Related Posts

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya