AMANAH Johor bersiap hadapi PRN, setuju tangguh jika perlu

Oleh: Alif Abd Aziz

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun menyambut baik cadangan penangguhan pilihan raya susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Pengarah Komunikasi AMANAH Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan itu dilihat sebagai langkah wajar dalam situasi semasa yang menuntut keutamaan diberikan kepada kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik, tumpuan harus diberikan kepada kesejahteraan rakyat dan pengurusan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa keputusan untuk menangguhkan PRN Johor masih bergantung kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang mempunyai kuasa menentukan hala tuju tersebut di peringkat negeri.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman lalu, keputusan di peringkat pusat tidak semestinya mengikat kepimpinan negeri untuk mengambil tindakan yang sama.

Dalam masa sama, AMANAH Johor tidak mengambil sikap sambil lewa dan akan terus memperkukuh kesiapsiagaan parti.

“Semua peringkat jentera parti telah diarahkan untuk bersiap sedia menghadapi PRN, memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri Johor akan tamat dalam masa kurang setahun,” jelasnya.

Tambah beliau, langkah proaktif itu penting bagi memastikan parti berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi sebarang senario politik yang mungkin berlaku dalam tempoh terdekat.

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih ramai muka baharu dipertaruh BN pada PRN Johor

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan lebih ramai muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sebagai sebahagian usaha menyuntik nafas segar dalam landskap kepimpinan negeri itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai