Hadi label orang bebal, namun gagal kemukakan pelan realistik tangani krisis

PUTRAJAYA – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel pimpinan kerajaan bebal dan bangang disifatkan retorik murahan yang langsung tidak membantu rakyat memahami realiti ekonomi semasa.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, dakwaan itu mempamerkan kegagalan Pas dalam mengikuti perkembangan terkini dasar kerajaan dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar.

“Lebih pelik, apabila beliau memuji negara lain seperti Jepun tanpa memahami konteks sebenar dasar ekonomi mereka. Jepun misalnya memberi subsidi secara bersasar kepada sektor tertentu, bukan subsidi pukal yang membebankan fiskal negara.

“Inilah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan MADANI hari ini bukan sekadar bercakap, tetapi melaksanakan reformasi. Kerajaan sedang bekerja dengan langkah yang konkrit dan tersusun.

“Beberapa inisiatif terkini yang diumumkan semalam termasuk keprihatinan kepada pesawah, petani pekebun kecil dan sebilangan besar rakyat malaysia membuktikan kerajaan tidak berpeluk tubuh,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menempelak sesetengah pemimpin yang dianggapnya gagal mengurus negara walaupun memiliki pelbagai sumber yang banyak sebagai “bebal” serta “bangang.”

Dalam hantaran terbarunya di media sosial pada Khamis, Abdul Hadi memulakan kritikan itu dengan memetik kisah Nabi Yusuf AS yang memberikan khidmat mengelola Mesir menghadapi dugaan yang panjang.

Kenyataan tersebut adalah yang terbaru dibuat beliau terkait isu krisis Asia Barat yang memberi kesan kepada seluruh dunia, termasuk Malaysia, dengan kenaikan harga bahan bakar menjadi antara kemelut yang paling memberi kesan kepada orang ramai.

Mengulas lanjut, Danish memaklumkan, Kerajaan MADANI juga telah menggerakkan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras tindakan segera menghadapi tekanan ekonomi global.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, kerajaan turut memperkenalkan pendekatan lebih strategik untuk memastikan kestabilan harga dan rantaian bekalan negara terus terpelihara di samping memperkukuh dasar sedia ada yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat.

“Pelaksanaan subsidi bersasar melalui BUDI MADANI memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, manakala bantuan tunai diesel yang telah dinaikkan kepada RM400 memberi kelegaan kepada kumpulan sasaran.

“Sektor penting seperti logistik, pertanian dan perikanan turut dilindungi bagi memastikan kesan kenaikan kos tidak terus dipindahkan kepada rakyat,” katanya.

Justeru, Danish berkata, apabila masih ada pihak yang bercakap seolah-olah Malaysia terlepas daripada tekanan harga minyak dunia disebabkan memiliki sumber sendiri jelas merupakan pandangan mentah dan tidak berpijak di bumi nyata.

“Hakikatnya, sindiran paling besar dalam situasi ini adalah apabila mereka yang lantang melabel orang lain sebagai bebal sebenarnya gagal mengemukakan sebarang pelan yang realistik.

“Tiada cadangan dasar, tiada angka, tiada mekanisme hanya kata-kata keras yang kosong isi. Ekonomi hari ini adalah ekonomi global yang saling berkait, bukan sistem tertutup yang boleh dikawal dengan retorik semata-mata.

“Dalam keadaan dunia yang tidak menentu ini, negara memerlukan kepimpinan yang berfakta bertanggungjawab dan berani membuat keputusan bukan sekadar suara bising yang menambah kekeliruan,” katanya.

Related Posts

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR –  Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula