Skim Pembesaran Kampung, infrastruktur jalan jadi tumpuan utama

KUCHING – Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pembangunan di kota Samarahan menjadi tumpuan utama untuk memastikan rakyat dapat menikmati pembangunan sepenuhnya.

Rubiah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan menjelaskan Skim Pembesaran Kampung antara agenda utama dalam pelan di kawasan berkenaan.

”Perancangan yang tersusun dan tepat amat penting dalam memastikan segala pembanguan betul-betul memberi impak kepada masyarakat setempat,” katanya.

Selain itu, Rubiah juga mahu memastikan segala infrastruktur jalan raya dapat dilaksanakan dengan lancar untuk memastikan kelancaran trafik.

Difahamkan juga, cadangan pembinaan jalan baharu di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan akan dilaksanakan pada masa terdekat.

”Pelaksanaan ini amat diperlukan supaya dapat mengelakkan kesesakan serta memberikan keselesaan kepada rakyat khususnya pelajar dan warga sekolah” ujarnya lagi.

Turut hadir Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan Ahmad Raslan Yaiyah, Pegawai Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin dan Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) Anuar Da’an.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX