Peranan makin mencabar, PBS Kabong seru penyertaan belia

KABONG – Penyertaan golongan belia dalam Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong perlu diperkasa bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan sukarela yang lebih mampan dan berdaya tahan pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir menegaskan, penglibatan generasi muda amat penting memandangkan peranan pasukan tersebut semakin mencabar dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan di peringkat komuniti.

Menurut beliau, PBS Kabong tidak seharusnya hanya bergantung kepada keanggotaan sedia ada, sebaliknya perlu melahirkan lebih ramai ahli baharu khususnya dalam kalangan belia bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri serta simbolik penyerahan peralatan kepada PBS Kabong, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan PBS Kabong sebagai antara pasukan paling aktif di Sarawak yang sentiasa komited dalam membantu masyarakat setempat.

Sehubungan itu, Chee Kadir turut mencadangkan agar sebuah pusat operasi khusus diwujudkan bagi memastikan pengurusan pasukan lebih tersusun, di samping menggesa pihak ibu pejabat bomba meneliti keperluan semasa pasukan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Penghulu Rahman @ Dom Kapok atas komitmen dan dedikasi sebagai penggerak utama pasukan sehingga mendapat pengiktirafan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini.

Sebagai wakil rakyat, beliau menegaskan akan terus komited menyokong usaha memperkasa pasukan bomba sukarela demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan pelbagai peralatan bagi memperkukuh keupayaan operasi PBS Kabong, termasuk pakaian perlindungan serangga berbisa, penyepit ular, pakaian rasmi, topi, jaket keselamatan, mesin gergaji, bot serta enjin bot.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee; Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller; Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Zon 3 Sri Aman, Rais Adaham Rasalan; Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Putra Ila; serta Pegawai Kebajikan Daerah Kabong, Juhayati Dahlan.

Related Posts

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

KUCHING – Persepsi yang menganggap wakil rakyat penyokong kerajaan (backbenchers) sekadar menjadi pengikut buta tuli atau ibarat ‘lembu dicucuk hidung’ dalam meluluskan sebarang dasar kerajaan adalah tidak tepat sama sekali.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

KUCHING – Konsep semak dan imbang di Sarawak mempunyai takrifan berbeza apabila penyatuan seluruh rakyat di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat lebih kritikal berbanding keperluan memiliki pihak pembangkang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah