Keluhan pemandu teksi limo LATPP dapat perhatian Ahli Parlimen

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin komited membawa permasalahan berkaitan cabaran yang dihadapi pemandu teksi limo di negeri ini kepada kementerian terutama membabitkan isu subsidi petrol RON95 dan saingan perkhidmatan e-hailing.

Beliau yang merangkap Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, isu tersebut perlu diselesaikan dalam kadar segera demi kelangsungan hidup pihak terbabit dalam menempuh cabaran yang mendatang.

“Malam tadi saya dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Teksi Limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LATPP) dan di situ mereka ada memberi pandangan dan rungutan tentang cabaran yang dihadapi ketika ini.

“Antara perkara paling terkesan adalah melibatkan isu subsidi petrol RON95 dan saingan antara perkhidmatan e-hailing sehingga menjejaskan pendapatan mereka (pemandu limosin). Saya ambil maklum mesej tersebut dan akan bawa isu tersebut kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam kadar segera,” katanya .

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri bersama-sama anjuran Persatuan Teksi Limosin LATPP di Pavillon Limo Airport, Bayan Lepas di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tapak Pavillion berkenaan akan dipindahkan ke satu lokasi berhampiran nanti bagi memberi laluan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada Mac lalu, Tze Tzin dalam lawatannya ke LATPP dilaporkan berkata, lokasi berkenaan akan menjadi lapangan terbang pertama di negara ini yang menggunakan teknologi ‘Remote Digital Virtual Tower’ (RDVT) bermula pertengahan bulan April.

Jelasnya, RDVT merupakan sebahagian daripada rancangan projek pembesaran LATPP di bawah Pakej Kerja Pertama (WP1) yang dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini dengan peruntukan berjumlah lebih RM107 juta.

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan