MoT fokus pindaan akta, tiada hukuman mati pemandu mabuk

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk memperkenalkan hukuman mati dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan pindaan akta dengan memberi fokus kepada pengukuhan bantuan kepada keluarga mangsa termasuk mewajibkan pesalah membayar pampasan.

Menurut beliau, ini kerana saluran sedia ada bagi keluarga mangsa adalah melalui tindakan sivil yang prosesnya membebankan serta mengambil masa lama selain undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mendakwa kesalahan serius dan pesalah masih boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika berkaitan.

“Bagi kerajaan, kami telah menghentikan hukuman mati mandatori. Jadi ini bukan perkara yang kami sedang pertimbangkan walaupun terdapat gesaan daripada pihak pembangkang.

“Kerajaan tidak perlu memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan oleh pembangkang. Tanpa peruntukan hukuman mati dalam akta tersebut, Jabatan Peguam Negara (AGC) masih boleh mendakwa seseorang di bawah Kanun Keseksaan.

“Apa yang kita pinda adalah untuk memastikan ada pampasan kepada keluarga mangsa. Jika mereka (pesalah) didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda mereka juga akan bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan Titik Buta Spot It di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), Kuala Lumpur, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, pindaan akta berkenaan dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang iaitu pada Jun ini.

Menurut beliau, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang bekerjasama dengan AGC bagi merangka pindaan tersebut.

“Sekarang kami sedang merangka pindaan tersebut dan berharap dapat membentangkannya dalam sidang Parlimen Jun,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan sedang merangka cadangan untuk melakukan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mewajibkan pemandu mabuk membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara.

Anthony Loke dilaporkan berkata, sebelum ini, pindaan undang-undang berkaitan telah diluluskan di Dewan Rakyat dan berkuat kuasa pada Oktober 2020 yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah tersebut.

Ia susulan insiden kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang, yang didakwa melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan