Paip bermasalah, kerja baik pulih didakwa terbengkalai

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee meluahkan kebimbangan terhadap kelewatan kerja-kerja penyelenggaraan paip di Bandar Prima yang didapati tidak menunjukkan sebarang kemajuan memuaskan.

Menurutnya, selepas menghadiri program Hari Raya, pasukannya telah turun padang membuat pemantauan di kawasan terbabit pada pukul 2.45 petang, 11 April 2026.

“Hasil tinjauan mendapati hanya sebuah jentera pengorek kecil berada di lokasi bersama sebuah lubang besar yang telah dikorek.

“Namun, tiada seorang pun kontraktor kelihatan di kawasan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Vivian berkata, situasi itu amat membimbangkan memandangkan masalah paip di kawasan tersebut telah berlarutan sekian lama tanpa penyelesaian tuntas.

Vivian berharap kerajaan negeri Sabah mengambil serius isu berkenaan dan memahami tahap kritikal yang dihadapi penduduk serta peniaga di Bandar Prima.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kelancaran kerja pembaikan, malah turut memberi kesan kepada operasi harian dan perniagaan di kawasan ini.

“Saya menggesa pihak berkaitan mempercepatkan tindakan serta tidak lagi mengambil sikap sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Jangan lagi kerja secara lenggang kangkung. Rakyat sudah lama menunggu penyelesaian. Segerakan tindakan,” tegasnya.

Related Posts

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco