Dua vesel nelayan ditahan, sitaan lebih RM4.5 juta

MANJUNG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua vesel nelayan tempatan (VNT) dalam dua operasi berasingan di perairan negeri ini pada Jumaat, melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 4.05 petang oleh aset bot Maritim Malaysia yang melaksanakan rondaan di bawah Op Sayong 1/2018, Op Pintas 1/2021 dan Op Tiris 3.0.

Menurutnya, vesel pukat tunda kelas B1 itu dikendalikan oleh seorang tekong tempatan bersama dua awak-awak berstatus pemastautin tetap, berusia antara 38 hingga 54 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut disyaki melanggar syarat sah lesen apabila menangkap ikan kurang daripada lapan batu nautika dari daratan, iaitu kira-kira dua batu nautika barat laut Pulau Pangkor.

“Vesel bersama hasil tangkapan dirampas dengan nilai sitaan dianggarkan mencecah RM1.5 juta sebelum dibawa ke Jeti LKIM Kampung Acheh untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, dalam operasi berasingan pada hari sama, sebuah lagi vesel ditahan oleh aset kapal Maritim Malaysia ketika rondaan di bawah Op Sayong 1/2018 dan Op Khas Tanjung 2.

Katanya, vesel tersebut dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika dari daratan, iaitu sekitar 11.7 batu nautika barat daya Sungai Belukang, sekali gus melanggar syarat sah lesen.

“Pemeriksaan lanjut mendapati vesel itu dikendalikan empat kru warga Myanmar termasuk tekong, yang disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini,” ujarnya.

Kesemua kru bersama vesel diiring ke Jeti LKIM Kampung Acheh untuk siasatan lanjut, dengan nilai sitaan bagi tangkapan kedua dianggarkan melebihi RM3 juta.

Secara keseluruhan, nilai sitaan bagi kedua-dua tangkapan tersebut mencecah lebih RM4.5 juta.

Mohamad Shukri menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen, peraturan perikanan mahupun undang-undang imigresen.

“Tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan kedaulatan perairan negara, keselamatan komuniti maritim serta kelestarian sumber perikanan terus terpelihara,” katanya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik