Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi beberapa inisiatif tambahan bagi meringankan beban pesawah yang terjejas akibat peningkatan kos pengeluaran susulan kenaikan harga bahan api di peringkat global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara langkah yang sedang dipertimbangkan ialah pelaksanaan kad armada untuk jentera pertanian serta semakan semula kadar insentif pembajakan dan penuaian padi.

“Cadangan lain seperti peningkatan kadar Insentif Pembajakan dan Penuaian Padi, kuota diesel kepada vesel C2 serta bantuan sekali beri kepada pekebun masih dalam penelitian kerana membabitkan komitmen kewangan yang besar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, lonjakan harga bahan api dunia memberi kesan langsung kepada peningkatan kos input pertanian termasuk baja, racun serta perkhidmatan jentera.

Menurutnya, perbelanjaan subsidi bahan api turut melonjak ketara dalam tempoh singkat, daripada kira-kira RM700 juta kepada RM6 bilion sebulan, sekali gus memberi tekanan kepada kedudukan fiskal negara.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu mengimbangi keperluan pelbagai sektor ekonomi kerana kesan kenaikan kos bukan hanya dirasai pesawah, malah turut menjejaskan kumpulan lain.

Dalam masa sama, katanya, keutamaan kerajaan adalah memastikan keterjaminan bekalan makanan negara terus terpelihara, termasuk beras, ayam, telur dan sayur-sayuran.

“Antara langkah awal yang telah diluluskan ialah penambahan stok penimbal beras dengan peruntukan melebihi RM100 juta,” katanya.

Mohamad berkata, menerusi Belanjawan 2026, subsektor padi dan beras diperuntukkan sebanyak RM2.62 bilion merangkumi subsidi harga padi, subsidi baja serta pelbagai insentif pengeluaran.

Ujarnya, lebih separuh daripada peruntukan pengurusan kementerian disalurkan kepada subsektor berkenaan, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesawah.

Namun, beliau mengakui cabaran industri padi tidak terhad kepada isu bantuan semata-mata, sebaliknya turut melibatkan keperluan reformasi struktur termasuk penggunaan teknologi moden, pengurusan berskala besar serta penambahbaikan sistem pengairan dan rantaian bekalan.

“Kita boleh mengkritik, namun biarlah berasaskan fakta dan bukan sentimen,” katanya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah