Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

SETIAP pandangan yang disuarakan, khususnya di ruang awam dan media sosial, perlu berasaskan fakta serta disokong bukti kukuh bagi mengelakkan salah faham dan konflik dalam masyarakat.

Pengamal undang-undang, Muhammad Zaim Azfar Jalaluddin berkata, kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak tanpa batas, sebaliknya tertakluk kepada undang-undang dan norma yang bertujuan menjaga keharmonian negara.

Beliau berkata, kegagalan mengemukakan bukti terhadap sesuatu dakwaan boleh menyebabkan kenyataan itu tidak diterima dari sudut perundangan, walaupun ia berasaskan pengalaman peribadi.

“Apabila seseorang ingin menyatakan perkara yang benar, ia perlu disokong dengan bukti. Ada kalanya individu bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, tetapi tidak mampu mengemukakan bukti yang jelas.

“Itu yang tidak diterima oleh undang-undang. Oleh itu, setiap kenyataan perlu berasaskan fakta dan bukti yang kukuh,” katanya kepada The Malaysia Press.

Mengulas lanjut, Muhammad Zaim berkata, kebebasan bersuara juga tidak bermaksud seseorang boleh mengeluarkan kenyataan tanpa kawalan kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan, terutama jika melibatkan isu sensitif seperti raja, agama dan kaum (3R).

Katanya, sejarah dan fakta tidak menjadi masalah untuk dibincangkan sekiranya disokong bukti sahih, namun ia boleh menimbulkan isu sekiranya tidak dapat dibuktikan dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Sejarah adalah fakta dan penting untuk dijadikan pengajaran. Namun, jika sesuatu perkara tidak dapat dibuktikan dan menyinggung perasaan sebahagian masyarakat, ia boleh menimbulkan masalah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa perbezaan pandangan terhadap dasar atau tindakan kerajaan adalah hak setiap individu, namun ia perlu disuarakan dalam kerangka undang-undang.

Jelasnya, mekanisme semak dan imbang penting dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik, namun peranan itu perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan berlandaskan fakta.

“Semua pihak berhak untuk bersuara dan tidak bersetuju, tetapi ia mesti disokong fakta dan bukti. Itu asas kepada perbincangan yang sihat dalam sesebuah negara,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Zaim menyarankan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menyuarakan pandangan, termasuk di media sosial, dengan memastikan setiap kenyataan dibuat secara berhemah, tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak