3 projek bernilai RM1 juta manfaat warga kolej termasuk 1,000 pelajar

TAWAU – Kira-kira 1,000 pelajar menerima manfaat menerusi tiga projek pembangunan bernilai lebih RM1 juta di Kolej Tingkatan Enam (Pra Universiti) Tawau.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, tiga projek terbabit adalah menaik taraf tempat letak kereta dan jalan Kolej Tingkatan Enam dan SMK Jambatan Putih; tangki dan rumah pam serta gelanggang serba guna terbuka berbumbung.

“Pendidikan adalah sektor paling penting kerana ia menjadi jaminan masa depan dan pembinaan modal insan.

“Kita datang dari sekolah, jadi jika ada kekurangan kemudahan atau masalah yang tidak diselesaikan, ia akan menjejaskan kualiti pembelajaran pelajar.

“Kesemua projek itu merupakan hasil kerjasama dan sumbangan serta peruntukan Parlimen Tawau, Kerajaan Sabah dan sektor swasta,” katanya kepada media selepas mesyuarat PIBG Kolej Tingkatan Enam (Pra Universiti) Tawau, pada Sabtu.

Menurut Su Fui, kerjasama antara pihak sekolah, wakil rakyat dan komuniti amat penting bagi memastikan segala kekangan dalam sebuah institusi pendidikan dapat ditangani dengan lebih baik.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada pengetua Dr. Rabe Juhari dan Yang Dipertua PIBG, Amir Kanje kerana memperjuangkan pembangunan kolej ini demi keselesaan pelajar,” ujarnya.

Related Posts

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

KOTA KINABALU – Friends of BHESS bakal diperkenalkan sebagai wadah memperluas kefahaman dan sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor