Wanita maut, kereta terbabas rempuh penghadang jalan

MUKAH – Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 65, Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari arah Bintulu menuju ke Sibu.

“Apabila sampai di lokasi kejadian iaitu di laluan selekoh Jalan Sungai Kua, Selangau, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

“Akibat impak pelanggaran itu, mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan serta kaki kanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Rizal menambah, mangsa yang berasal dari RPR Kidurong, Bintulu itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau menyaksikannya supaya tampil membantu siasatan,” jelasnya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie