Tiga lelaki ditahan, rampasan barang terkawal bernilai RM127,774

SARATOK – Polis menahan tiga lelaki tempatan serta merampas pelbagai barang kawalan berupa minyak masak dan gula kasar dalam satu operasi di KM 52 Jalan Betong–Sarikei, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori kargo jenis Toyota bernombor pendaftaran QTX3883 di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa 442 paket minyak masak 1kg dan 504 paket gula kasar 1kg tanpa sebarang dokumen sah pemilikan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 40 tahun yang masing-masing bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati semua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan barang kawalan tersebut,” katanya.

Operasi berkenaan turut melibatkan anggota dari PPW Wilayah 5 Sarikei bersama anggota cegah jenayah Balai Saratok.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM127,774.00.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sri Aman untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Operasi tersebut diketuai oleh Insp Wealy bersama pasukan operasi di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Posts

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merekodkan 95 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 membabitkan 91 tangkapan dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan melebihi RM25 juta sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

GEORGE TOWN – Rasuk kayu yang dimakan anai-anai dikenal pasti menjadi punca kejadian runtuhan struktur di sebuah rumah kedai warisan di Lebuh Armenian, di sini yang mengakibatkan dua pelancong warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama