Bot rekreasi ditahan ceroboh zon pelantar minyak

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot rekreasi yang disyaki menceroboh kawasan larangan berhampiran sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Miri pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Miri, Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot tersebut ditahan oleh aset ronda yang sedang melaksanakan operasi bersepadu kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurutnya, bot terbabit dikesan berada pada kedudukan 22.4 batu nautika barat laut Kuala Miri.

“Tindakan ini diambil hasil maklumat awam termasuk laporan daripada petugas pelantar minyak milik Petronas, selain susulan beberapa aduan terdahulu yang diterima pihak kami.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan menjalankan aktiviti memancing dalam jarak kurang 500 meter dari pelantar minyak,” katanya.

Beliau berkata, pencerobohan itu melanggar peruntukan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Lebih memburukkan keadaan, bot berkenaan turut didapati gagal mengemukakan lesen yang sah ketika pemeriksaan dijalankan.

“Kesalahan ini menyalahi peruntukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Bot tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda bersama dua kru dan empat penumpang, yang mana kesemuanya adalah warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 74 tahun,” ujarnya.

Jelas Mohd Khairol Anuar, kesemua individu terbabit telah ditahan, manakala bot berkenaan diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri untuk siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau mengingatkan bahawa kesalahan menceroboh di bawah Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tegasnya, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang dalam kalangan komuniti maritim, selain menjamin keselamatan perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang jenayah atau kecemasan di laut disaran menyalurkannya segera menerusi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di 085-649111.

Maklumat juga boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau 082-432016.

Related Posts

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

PEKAN NANAS – Ahli DAP Negeri Johor, Mohamad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah menegaskan bahawa pihaknya bersedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menjalin kerjasama politik, namun dalam masa yang sama tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

KUANTAN – Tujuh warga Nepal cedera selepas sebuah bas persiaran membawa 36 penumpang terbalik dalam kemalangan melibatkan dua bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan di KM15 jalan turun Genting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim